Salam/Hi semua,
Dah lama rasanya Linteddy Design tak share info mengenai finishing dalam printing. Ramai yang samar2 je bila dengar perkataan tu, atau ada yang langsung tak dapat gambaran kan..ok, kali ni Lin nak bincang mengenai "Die-Cut". Alah, lupa pulak yang Lin dah mention pun dekat tajuk tu, hehe, xpela..JOM kita explore Apa itu Die-Cut.
Die-Cut tu adalah proses pemotongan *kertas kepada bentuk atau corak design tertentu. Proses ini selalunya dilakukan selepas proses percetakan. Selalunya, apabila pusat percetakan mention die-cut, ini bermakna bentuk kad atau stiker boleh dibuat bentuk lain selain daripada bulat(round) & petak(square/rectangle). Boleh lihat contoh di bawah untuk kefahaman yang lebih jelas.
*Kertas sebagai contoh, kerana ada pelbagai material yang boleh menggunakan kaedah ini.
|
Business Card Die-Cut, potongan kad dibuat berdasarkan corak design |
|
Sticker die-cut, potongan sticker mengikut corak design |
|
Kad kahwin die-cut, nampak sweet & exclusive kan, lari daripada bentuk normal |
Dengan adanya finishing die-cut, produk kita akan menjadi lebih menarik & unik kerana ia lain daripada yang lain.
Ada 3 produk yang Linteddy Design menawarkan potongan die-cut iaitu:
- Business Card
- Sticker
- Kad Kahwin
Jika berminat, boleh contact Lin di
Email: linteddydesign@gmail.com
atau
komen je di bahagian comment di bawah