Saturday, 19 July 2014

Lakukan Persiapan Sampul Duit Raya Awal

Alhamdulillah, promosi Sampul Duit Raya tahun ni telah pun berakhir dan proses berjalan dengan lancar, walaupun ada segelintir yang memberikan masalah kepada saya atas kesilapan sendiri, takpe, saya maafkan..Ni lin nak beri beberapa tips supaya next time, proses sampul duit raya anda smooth, dan tak perlu susah hati sampul duit raya sampai lambat :-
  1. Bila nampak je promosi sampul duit raya ni bermula, terus order..jangan tangguh2, kerana makin lambat anda bertindak, makin lambat akan dapat hasilnya..Walaupun pada masa tu belum masuk bulan Ramadhan..
  2. Beri maklumat/detail yang nak diletakkan pada sampul tu..if ada jumpa design sampul yang berkenan, boleh tunjuk pada saya, insy, saya akan cuba designkan seakan2 sama dengan design tersebut..
  3. Bila design dah confirm, buat bayaran dengan cepat, kerana selagi bayaran tidak dibuat, selagi tu sampul anda tidak akan di proses..
  4. Bila bayaran sudah dibuat, jangan lupa terus informkan pada saya berserta Nama, Alamat & No Tel utk penghantaran nnti, kerana semua info itu akan di attach pada order anda sebagai references. Jika tiada info tersebut, proses sampul duit raya akan tergendala.
Apabila sampul telah diproses, tiada sebarang perubahan boleh dilakukan, dan estimate date yang diberi tidak boleh dicepatkan walaupun anda ingin membayar lebih...!!!

Untuk order sampul duit raya, kita jumpa tahun depan

No comments:

Post a Comment